Friday, November 5, 2010

Sepetang bersama Bintang Bola

  
Tengku Mahkota Pahang bersalaman dengan saya dan rakan-rakan...


Kenal tak siapa yang bergambar dengan saya, wan dan arman 
Kasut booth abg ni mmg cun...abg ni pemain kebangsaan..kenal tak?
Umi dan Abi saya sempat juga bergambar dengan aidil zakuan eh aidil zafuan...entahlah..tak tahu yang ni mana satu...

Saya, wan arman....kami mmg sll bertiga...yela keeper,
Pada 3/11/2010 saya dan beberapa lagi pemain YFA Bintang Muda dipilih dalam memperagakan baju jersey baru pemain kebangsaan...Pengalaman yang saya tak akan lupakan

Monday, December 21, 2009

Juara Keseluruhan RSC 2009


Kejayaan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda adalah hasil kajayaan dalam 5 kategori penyertaan dimana 3 kategori telah dinobatkan sebagai Johan dan 2 kategori pula dinobatkan sebagai Naib Johan. Bukan itu sahaja, beberapa anugerah individu turut dimenangi oleh pelatih kita seperti Pemain Terbaik Kejohanan dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Kejayaan menjuarai Piala Dato Chu Ah Ngee (edisi ke 5) 2009 sememangnya manis dan amat berbaloi setelah para pelatih berusaha gigih bermula seawal cuti persekolahan lagi untuk turun ke padang pada hari biasa untuk memantapkan persefahaman sesama rakan sepasukan.


Wira U12 ( saya yang berbaju oren tu...)


"Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN"
"Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN"

Sunday, November 29, 2009

Langkahku Ku Terhenti Di PSAS Untuk Tahun Ini..



Rezeki saya di PSAS tahun pertama mungkin tiada, team kami kecundang denga Akedemi soccer kid, 2-1.....Insya Allah tahun depan bulan 2 kita berjumpa kembali di gelanggang PSAS....

YFA akan cuba yang lebih baik tuk kali ini....

Unutk sekarang ini saya agak sibuk dengan training untuk pertandingan under Royal Club Selangor..

Owh terkenang kembali tatkala menggondol piala di RSC bagi the best goalkeeper...

Owh..lupa pulak...juara unutk PSAS kali ini milik PKNS....

Friday, November 13, 2009

YFA Dapat Tajaan Baru

:mCamera:saya bergambar kenangan dengan geng PSAS saya...cuba cari saya yang mane satu??
Alhamdulillah...kami semua dapat ke separuh akhir untuk piala PSAS ni...:mGelak:

dan yang lagi bestnya kami dapat tajaan baru....dari susu BIOMIL....:pandaGeli_05:

Doakan kami menang tuk perlawanan dengan
Akademi Soccer Kid sabtu ni di pasang MBPJ:pandaGeli_03:

dan saya nak bgth ni, ari sabtu ni abang HARDY JAAFAR datang bagi sokongan dekat team YFA...:10::10:

Sspe nak jmpa abg HARDY JAAFAR meh le datang ramai dekat padang MBPJ...:minimo_05:

oklah....saya update setakat bi dulu...selebihnya kemudian k...
bye2...:pandaGeli_01:

Friday, November 6, 2009

Strategi Pemainan YFA...

ha..ha...

nak tau camne team yfa punye strategi masa dalam perlawanan??

saya bagutahu kat sini jer...

jgn citer dekat spe2 pun..nanti coach ade marah ngan saya...habis saya..

ni la strategi sy..jeng..jeng...

Saya Sokong Kelantan la...


BERDIRI dari kiri, Wan Jamak dan Sathianathan manakala duduk dari kiri, Rezal Zambery dan Indra bergambar
di samping Piala Malaysiadi Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


SIAPA yang akan menjulang trofi Piala Malaysia 2009 bakal terjawab di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Apa yang pasti, pasukan yang muncul sebagai pemenang akan menamatkan penantian mereka bagi kejuaraan piala berprestij tanah air itu yang memasuki edisi ke-83 tahun ini.

Jika Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006.

Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian selama 88 untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.

Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, pasukannya itu tidak akan turun dalam keadaan tertekan malam ini lagipun mereka dilabelkan sebagai underdog berbanding Kelantan.

"Kami akan tampil dengan lebih tenang. Kita tahu, jika pemain dalam keadaan teka- nan, mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Biarlah Negeri Sembilan jadi underdog kerana itu tidak membuatkan kami tertekan.

"Biarpun rekod empat kali bertemu Kelantan musim ini, tiga da- ripadanya kami menang, keputu- san lepas tidak boleh dikira dalam final. Pasukan mana yang bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, dia akan menang," katanya pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan kerana baginya Negeri Sembilan lebih memiliki reputasi tinggi kerana menang semua 10 perlawanan Piala Malaysia musim ini berbanding Kelantan yang menang lapan, seri sekali dan tewas sekali.

"Dalam bola sepak, semua mahu menang. Tanyalah Selangor, mereka pun nak menang Piala Malaysia walaupun dah banyak kali memenanginya. Jadi pasukan Kelantan juga mahu memenanginya untuk pertama kali.

"Jika tiada sebarang pemain yang cedera petang ini (semalam), kami bakal turunkan kesebelasan terkuat. Jika perlawanan berlanju- tan sehingga sepakan penalti, kami memang sudah bersedia sejak saingan suku akhir lagi," kata Sathiana- than pada sidang media yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, kesemua 85,000 keping tiket bagi final malam ini telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari semalam setelah sejam kaunter di Stadium Nasional dibuka.

"Nasihat saya, hanya mereka yang ada tiket saja hadir ke stadium esok (hari ini). Tiada skrin besar disediakan di luar stadium. Mereka yang gagal mendapatkan tiket bolehlah menonton siaran langsung di RTM1," kata Azzuddin.

sumber: Kosmo

Thursday, November 5, 2009

Menang Tanpa Bertanding

kawan-kawan semua...ingat lagi tak citer saya tentang perlawanan bola yang group saya join...saya jadi goolkeeper tuk CIMB YFA ....ada satu perlawanan ni team saya menang tanpa bertanding...

perlawanan ni :

Ahad 25.10.2009 08.30 pagi
TTDI First Touch 0 - 2 CIMB YFA (TTDI First Touch tidak hadir)


so team saya happy tak terkira...hahaha..:10::10:

tuk hari yang sama gak, kitaorng lawan Astaka dan Soccer Gurus

nie keputusan dia...

Ahad 25.10.2009 11.30 pagi
CIMB YFA 4 - 0 Astaka FC


Ahad 25.10.2009 02.30 ptg
Soccer Gurus 1 - 2 CIMB YFA

for dis week saya akan lawan team Mahkota sebelum masuk separuh akhir...
dengan mahkota ni, saya nak menang..jgn biar diorang bolos satu bola pun...!!!


Monday, November 2, 2009

Salam Rindu Tuk Semua...

Apa Khabar semua pembaca.....huh!! rasanya sangat2 lame saya tak mengupdate blog ni?

nak kata sibuk ....tak de la sangat....nak kata x de story nak share ngan korang sme...lagi la tak...nak tau..mcm2 benda jadi sepanjang saya tak update blog saya...hahaha...

ok la...saya akan share ngan korang sume...satu demi satu citer k....
Cerita Pertama: Tidak Pulang berhari raya di kampung....huhu

disebabkan masa bulan pose tu dah balik kg....lbh krg seminggu nak dekat2 raya...kami dah balik kg dekat pinang....so kitaorng satu fmly raya dekat sg.buloh je...

pagi raya tu...mmg meriah jugak dekat masjid sg.buloh.....tapi bile hbs jer smbhyg raya...diorang semua pakat2 bertolak blk kg..xde org sngt dah dekat area saujana utama ni...sunyi sepi jadinya...kami sekeluarga kebosanan..xtahu nak raya mne...rumah sedara mara dah pegi...

so saya ajak abi ke shah alam..g jalan-jalan....sampai kat shah alam..kami pegi berkayak...kakak saya yang ke-2 ngan abg sulung saya tak join...sbb diorang pegi raya rmh mmber....

saya share gambar2 kami masa pegi berkayak kat shah alam...




Bergambar sekeluarga dipagi raya selepas sembahyang raya...

sape kata saya tak pandai berkayak..?

saya bersama abg dan kakak yang rajin melayan saya..haha


Cerita Kedua: Saya nak share pic dengan korang semua...enjoy it k...

Lawa tak gitar ni?? bukan saya punya..tapi abg faiz punya...erm..saya mintak gitar letrik dekat umi..ble la nak dapat...haha..


tired....baru lps training..huh...umi jaja nak aiskrim...leh x?


saya lagi....ape macam ?? cool tak?


Dekat masjid putra jaya...saya manja ke? abi saya manja? hehe..saya sayang abi sgt2...


last skali....comel x saya??

p/s: ok lah..ni dulu nnt saya upload lagi...saya akan citer kat korang sme..pasal kasut bola saya yang baru...haha..jgn jeles ae raub, syazwan dan haikal...haha...john pun sama...tata

tata..titi..tutu...semua...urm...mguu depan lawan mahkota...ush.....nak menang!!!

Monday, August 3, 2009

RSC : MY DREAM COME TRUE....

org yg sabar akan dpt apa dia mahu
mu lucky glove!!1

my team....we are th champions....!!!!!!


Dua hari berkampung d RSC terasa cukup brmakna sepanjang hayat buat kami skluarg...menjadikan impian satu kenyataan bukanlh mudah kalau tanpa usaha dan doa yg tak henti2.




segala rintangan dan halangan kena tempuh dgn tabah ...kena kuat kan hati .....yakin apa yg kita nak dlm hidup akan dapat bila ada ruang dan peluang....



masa makan......jom makan ramai2




BEST PLAYER AND BEST GOALKEEPER AND ALSO WE ARE FRIEND!!


segala galanya menjadi manis bila dapat menjulang piala ni...



tiada ucapan dan kata2 selain dari terima kasihhhhh buat coach yg bnyak beri tunjuk ajar menjadi wira di hari itu...

dan utk semua ibu dan ayah kawan2 kita brmain sbg satu pasukan dan menang jua sbg satu pasukan......TIDAK ADA YG MUSTAHIL BAGI HATI YG MAHU


Sunday, July 12, 2009

kenapa begini

happy birthday haiqal

bersama SHAH ALAM FC

bersama PKNSB
.
.berusaha untuk berada di puncak memang mudah kalau betul cara nya tapi nak kekal berada di puncak itulah yang susah ...kata umi ..hari ni hari paling sedih ...kalah pada permainan pertama gan PNSB macam tak percaya laa tak terbayang mcmana boleh lepas bola yg bulat tuu suka atau pun tidak itulah hakikat ....allah nak uji sabar aje la hadapi aja kenyataan walau hati tuhan aje yg tahu,zzzzzzzzzzzzzzz:bofu_30::bofu_30::bofu_30:

tapi bila tahu hakikat kalah tu mesti ada sebab saya pun gi latihan kat pandan indah setelah selesai meraikan birthday haiqal...happy birthday haiqal ..bersama 9 org lagi kawan2 ada perlawanan gan u13 ,,,tak rasa letih la pula :bofu_22:

Wednesday, July 8, 2009

Training

Sunday, July 5, 2009

perlawanan terakhir pusingan pertama

ok laa nanti saya tepis bola tu don worry

laaa saya lebih tinggi dari syazwan ke?????

:bofu_36:hari ni perlawanan gan pasukan terakhir piala psas ...cuma ada satu game aje gan soccergurus.......yfa menang lagi 3-1 melengkapkan kemenangan ....d pusingan pertama ni yfa masih lagi berada d tmpt yg teratas tidak pernah kalah .....alhamdulillah.......

bersama soccergurus

:puteh_28: inilah yang menjadi kenangan .............

""Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan