"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan
Sunday, November 29, 2009
Langkahku Ku Terhenti Di PSAS Untuk Tahun Ini..
Friday, November 13, 2009
YFA Dapat Tajaan Baru
Alhamdulillah...kami semua dapat ke separuh akhir untuk piala PSAS ni...
dan yang lagi bestnya kami dapat tajaan baru....dari susu BIOMIL....
Doakan kami menang tuk perlawanan dengan
Akademi Soccer Kid sabtu ni di pasang MBPJ
dan saya nak bgth ni, ari sabtu ni abang HARDY JAAFAR datang bagi sokongan dekat team YFA...
Sspe nak jmpa abg HARDY JAAFAR meh le datang ramai dekat padang MBPJ...
oklah....saya update setakat bi dulu...selebihnya kemudian k...
bye2...
Friday, November 6, 2009
Strategi Pemainan YFA...
Saya Sokong Kelantan la...
SIAPA yang akan menjulang trofi Piala Malaysia 2009 bakal terjawab di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Apa yang pasti, pasukan yang muncul sebagai pemenang akan menamatkan penantian mereka bagi kejuaraan piala berprestij tanah air itu yang memasuki edisi ke-83 tahun ini.
Jika Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006.
Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian selama 88 untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.
Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, pasukannya itu tidak akan turun dalam keadaan tertekan malam ini lagipun mereka dilabelkan sebagai underdog berbanding Kelantan.
"Kami akan tampil dengan lebih tenang. Kita tahu, jika pemain dalam keadaan teka- nan, mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Biarlah Negeri Sembilan jadi underdog kerana itu tidak membuatkan kami tertekan.
"Biarpun rekod empat kali bertemu Kelantan musim ini, tiga da- ripadanya kami menang, keputu- san lepas tidak boleh dikira dalam final. Pasukan mana yang bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, dia akan menang," katanya pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.
Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan kerana baginya Negeri Sembilan lebih memiliki reputasi tinggi kerana menang semua 10 perlawanan Piala Malaysia musim ini berbanding Kelantan yang menang lapan, seri sekali dan tewas sekali.
"Dalam bola sepak, semua mahu menang. Tanyalah Selangor, mereka pun nak menang Piala Malaysia walaupun dah banyak kali memenanginya. Jadi pasukan Kelantan juga mahu memenanginya untuk pertama kali.
"Jika tiada sebarang pemain yang cedera petang ini (semalam), kami bakal turunkan kesebelasan terkuat. Jika perlawanan berlanju- tan sehingga sepakan penalti, kami memang sudah bersedia sejak saingan suku akhir lagi," kata Sathiana- than pada sidang media yang sama.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, kesemua 85,000 keping tiket bagi final malam ini telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari semalam setelah sejam kaunter di Stadium Nasional dibuka.
"Nasihat saya, hanya mereka yang ada tiket saja hadir ke stadium esok (hari ini). Tiada skrin besar disediakan di luar stadium. Mereka yang gagal mendapatkan tiket bolehlah menonton siaran langsung di RTM1," kata Azzuddin.
sumber: Kosmo
Thursday, November 5, 2009
Menang Tanpa Bertanding
perlawanan ni :
TTDI First Touch 0 - 2 CIMB YFA (TTDI First Touch tidak hadir)
so team saya happy tak terkira...hahaha..
tuk hari yang sama gak, kitaorng lawan Astaka dan Soccer Gurus
nie keputusan dia...
CIMB YFA 4 - 0 Astaka FC
Ahad 25.10.2009 02.30 ptg
Soccer Gurus 1 - 2 CIMB YFA
for dis week saya akan lawan team Mahkota sebelum masuk separuh akhir...
dengan mahkota ni, saya nak menang..jgn biar diorang bolos satu bola pun...!!!
Monday, November 2, 2009
Salam Rindu Tuk Semua...
nak kata sibuk ....tak de la sangat....nak kata x de story nak share ngan korang sme...lagi la tak...nak tau..mcm2 benda jadi sepanjang saya tak update blog saya...hahaha...
ok la...saya akan share ngan korang sume...satu demi satu citer k....
Cerita Pertama: Tidak Pulang berhari raya di kampung....huhu
disebabkan masa bulan pose tu dah balik kg....lbh krg seminggu nak dekat2 raya...kami dah balik kg dekat pinang....so kitaorng satu fmly raya dekat sg.buloh je...
pagi raya tu...mmg meriah jugak dekat masjid sg.buloh.....tapi bile hbs jer smbhyg raya...diorang semua pakat2 bertolak blk kg..xde org sngt dah dekat area saujana utama ni...sunyi sepi jadinya...kami sekeluarga kebosanan..xtahu nak raya mne...rumah sedara mara dah pegi...
so saya ajak abi ke shah alam..g jalan-jalan....sampai kat shah alam..kami pegi berkayak...kakak saya yang ke-2 ngan abg sulung saya tak join...sbb diorang pegi raya rmh mmber....
saya share gambar2 kami masa pegi berkayak kat shah alam...
Cerita Kedua: Saya nak share pic dengan korang semua...enjoy it k...