Friday, May 15, 2009

Anak Bongsuku

Sejak adik mewakili YFA ( skuad elit u12) kami sibuk menghantarnya berlatih di MPAJ ( Pandan Indah) . Piala Sultan Azlan Shah yang akan bermula esok 17 Mei hingga bulan Ogos nanti . Seronok melihat adik dilatih oleh jurulatih yang hebat dan professional disana. Setiap hari sabtu selepas aku akan bergegas menghantar adik ke pandan indah. Sementara menunggu adik berlatih aku pun mengambil masa yang ada dengan melakukan riadah ringan sendiri sehingga pukul 6 ptg.
Eh..eh nak ikat tali kasut pun abi nak kena buatkan

Pagi-pagi lagi adik dah berlatih di Padang Anggerik bersama abi

Tangkap la bola tu adik...jangan baring jer..

Ha..lompat tinggi lagi adik

Esok ada perlawanan sempena piala sultan azlan shah antara pasukan adik ( CIMB YFA) dengan PNSB di Stadium Petaling Jaya pUKUL 10.30, kemudia pukul 1.00 dengan Shah Alam FC

No comments:

""Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan